Tuesday 13 September 2011

Pengenalan


 Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran, dan juga pemberian pengetahuan, kebijaksanaan dan pertimbangan . Ia terbahagi kepada dua iaitu didik (educere) dan latih (educare). Didik ialah ilmu yang kita dapat secara berterusan manakala latih ialah kemahiran yang kita dapat walaupun ia terbatas. Menurut Aristotle “pendidikan ialah satu sistem perkembangan intelektual, jasmani, kerohanian dan emosi”. Pendidikan sebagai proses membentuk kecenderungan asasi yang berupa kepercayaan dan perasaan terhadap alam sejagat dan sesame manusia. Pendidikan juga suatu proses bagi mengatur dan menambah pengetahuan yang dimiliki supaya dapat hidup dengan lebih selamat menurut John Dewey. 



Pengajaran merupakan sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti serta melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai. Guru bertindak akan membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar demi memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Pengajaran juga merupakan satu cara atau sistem mengajar yang dituju kepada murid bertujuan membawa perubahan kepada mereka.



Teknologi merupakan satu  pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan yang menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Teknologi juga boleh ditakrifkan sebagai aplikasi pengetahuan  sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, teknologi hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan. Walaubagaimanapun, ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa. Penggunaanya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu; sebelum kegunaan, semasa kegunaan dan selepas kegunaan.



Umumnya “Pembelajaran dapat diklasifikasikan sebagai komponen penting dalam kehidupan manusia ke arah yang lebih signifikan kerana ia dianggap sebagai perolehan maklumat dan ilmu pengetahuan, penguasaan kemahiran yakni menjurus kepada pembentukan sikap dan kepercayaan yang mendalam dalam diri setiap individu. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, "pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.


Di samping itu, Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran membawa maksud yang pelbagai dalam kehidupan namun asas dalam menjayakan proses pembelajaran ialah perubahan dalaman dalam diri manusia yang membolehkan individu tersebut melihat perkaitan yang baru dan berpotensi untuk menghasilkan gerak balas yang baru sama ada gerak balas positif atau sebaliknya. Pembelajaran juga bukan semata-mata merangkumi penguasaan ilmu kemahiran, tetapi turut merangkumi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan kesenian serta ciri dalaman. 


Penaksiran Suatu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang hasil sesuatu proses pendidikan.bagi seorang pelajar pula ia lebih kepada suatu wahana yang memeberi peluang kepada pelajar bagi menonjolkan kemahiran masing-masing. Dalam masa yang sama ia juga bagi menjadi medium telekomunikasi anatara pelajar dan guru bagi memastikan pembelajaran dan pengajaran menjadi begitu berkesan.

0 comments:

Post a Comment