Tuesday 13 September 2011

Model Reka Bentuk instruksional ASSURE, (Heinich, 1982)

Model  Reka  Bentuk  instruksional  ASSURE,  (Heinich,  1982)  bertujuan  menyediakan  panduan  merancang  dan mengendalikan  pengajaran  yang  memerlukan  penggunaan  media.  Justeru  itu penyesuaian ini dapat dilakukan berasaskan Model Reka Bentuk tersebut bagi memilih dan menggunakan media pengajaran secara umum. Terdapat enam komponen dalam model ini iaitu:


  A-      Analisa Pelajar  (Analyze Learners)  : Analisis ciri umum pelajar seperti peringkat  umur,  tahap  persekolahan,  tahap  kemahiran  intelektual,  stail pembelajaran dan sebagainya sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan.
S-       Menyatakan  Objektif  (State  Objective)  :  Pernyataan  objektif  prestasi dalam  merancang  sesuatu  pengajaran  untuk  menentukan  jenis  bahan multimedia  yang  ingin  digunakan  iaitu mengenalpasti  kebolehan  atau  prestasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran.
S-       Memilih  Kaedah,  Media  dan  Bahan  (Select  Methods,  Media  and Materials) : Memilih bahan sama ada menepati kehendak dan keperluan objektif atau mengubahsuai bahan multimedia agar menepati objektif, ciri-ciri pelajar dan pendekatan yang akan digunakan serta kekangan yang mungkin dihadapi sesuai dengan objektif pembelajaran.
U-       Menggunakan Media dan Bahan  (Utilize Media and Materials): Guru harus  terlebih dahulu mengadakan pratonton media  tersebut sama ada manual penggunaanya, laporan, lampiran atau melihat sendiri sama ada melalui paparan komputer atau mendengar audio atau membaca teksnya supaya sesuai dengan objektif pembelajaran.
R-      Memerlukan  Penyertaan  Pelajar  (Require  Learner  Participation): Media  pengajaran  yang  baik membolehkan  penyertaan  respon  pelajar  dalam berinteraksi  dengan  bahan  yang  disediakan  serta mendapatkan maklumbalas. Penglibatan pelajar boleh berlaku secara individu atau berkumpulan.
E-      Menilai  dan  Mengulangkaji  (Evaluate  and  Revise):  Penilaian  perlu dibuat secara berterusana dan bersepadu serta menyeluruh disemua peringkat untuk  memberi  gambaran  sejauhmana  keberkesanan  media  yang  dipilih terhadap  prestasi  pelajar  serta  bertepatan  dengan  objektif  atau  hasil pembelajaran yang dikehendaki (Heinich, 1982)

0 comments:

Post a Comment