Tuesday 25 October 2011

misconception:lecture 7

0 comments
Misconception

Perbezaan dan Persamaan PBM, PBK dan PBP

0 comments
Pebezaan dan Persamaan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM), Pembelajaran Berasaskan Kes (PBK) dan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP).




Perbezaan
PBM
PBK
PBP
Situasi masalah sebenar yang kompleks iaitu tidak mempunyai jawapan yang betul atau salah
Melibatkan kes yang ditulis dalam bentuk naratif serta dapat menunjukkan konteks dan spesifikasi kes tersebut
Pembelajaran yang menghubungkan soalan dan teknologi mengenai kehidupan harian pelajar menjadi projek bilik darjah.

Menghasilkan persembahan di akhir pembelajaran.
Menghasilkan produk atau persembahan di akhir pembelajaran.
Menjawab persoalan yang ditimbulkan melalui kerjasama dengan orang lain.

Memerlukan masa yang singkat
Memerlukan masa yang panjang
Memerlukan masa yang panjang

Persamaan
1.     -  Pelajar boleh bekerja secara individu atau dalam kumpulan untuk menangani masalah, mengenalpasti jurang pembelajaran dan mengembangkan pelbagai penyelesaian.
2.    -   Proses pembelajaran melibatkan semua pelajar untuk mengambil bahagian.
3.     -    Menggalakkan interaksi dua hala di antara guru dan murid serta murid dengan murid.
4.    -     Guru bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara dan bukan sebagai pemberi maklumat.
5.     -    Menggalakkan pelajar bertanggungjawab untuk pembelajaran mereka sendiri dengan menjadikan pelajar lebih sedar apa yang dipelajari dan sebab mereka perlu mempelajari sesuatu perkara.

Pembelajaran Berasaskan Projek

0 comments
Maksud Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)

  •             Pembelajaran yg menghubungkaitkan soalan dan teknologi mengenai kehidupan harian pelajar menjadi projek bilik darjah
  •             pelajar membentuk kumpulan siasatan , mereka bentuk, meneyelesaikan masalah, membuat keputusan, kemahiran menyiasat dan membuat refleksi
  •            guru sebagai pemudah cara bukan sebagai pemberi maklumat
  •       hasil  PBP akan dipersembahkan dan dinilai
      Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)
  •              Dapat membantu menjadikan cara pembelajaran yang aktif, dinamik dan menyeronokkan
    ·         Meningkatkan keyakinan dan penglibatan murid
    ·         Memerlukan komitmen kerja yang agak mencabar
    ·         Jumlah kerja yang banyak
    ·         Memerlukan masa yang panjang
    ·         Kos pengendalian Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek
    ·         Projek dapat dikaitkan dengan dunia sebenar
    ·         Mendapat kemahiran membuat keputusan, berinteraksi dengan pelajar lain, dan menggunakan konsep baru.
    ·         Bekerjasama dengan pelajar lain, guru dan masyarakat.

Friday 7 October 2011

Aktiviti 2 : Sains sebagai satu set nilai

0 comments
Sains sebagai satu set nilai
nilai murni
Fungsi reseptor regang dalam keseimbangan badan dan koordinasi.


            Otot mengawal pergerakan badan kita dan membantu dalam mengimbangi badan semasa melakukan pergerakan. Semasa melakukan pergerakan, otot-otot seperti tendon atau ligament menjadi regang. Otot regang menerima rangsangan dan menghantar impuls ke otak. Seterusnya otak meterjemahkan impuls dan menghantar impuls ke otot-otot tertentu untuk menghasilkan pergerakan dan menyeimbangkan badan. Reseptor regang banyak digunakan dalam kehidupan seharian seperti berjalan, menaip, berbasikal, menaiki tangga dan sebagainya.
Daripada topik ini, nilai murni yang dapat diterapkan kepada pelajar ialah tolong-menolong. Hal ini kerana, reseptor regang diperlukan untuk melakukan sesuatu pergerakan. Contohnya, apabila pelajar menolong guru mengangkat buku,  pelajar telah menggunakan reseptor regang.