Tuesday 27 September 2011

0 comments
AKTIVITI 7
TERAS PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN GURU



2 comments
AKTIVITI 6
KEMAHIRAN DALAM BIDANG



0 comments
AKTIVITI 5
JENIS DAN HIERAKI PENGETAHUAN MENGIKUT BLOOM(1956)


0 comments
AKTIVITI 4
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN


0 comments
AKTIVITI 3
STRUKTUR PENGETAHUAN

PENGETAHUAN IMPLISIT
  • Pengetahuan implisit adalah pengetahuan yang masih tertanam dalam bentuk pengalaman seseorang dan berisi faktor-faktor yang tidak bersifat nyata seperti keyakinan peribadi, perspektif, dan prinsip.
  • Pengetahuan implisit seseorang biasanya sukar untuk dipindahkan ke orang lain secara tertulis ataupun lisan. Kemampuan berbahasa, atau mengoperasikan mesin atau alat yang rumit memerlukan pengetahuan yang tidak nampak  secara eksplisit, dan juga tidak sebegitu mudahnya untuk memindahkannya ke orang lain secara eksplisit.
  • Untuk mendapatkannya, memang memerlukan pembelajaran dan keterampilan, namun tidak dalam bentuk-bentuk yang tertulis. 

PENGETAHUAN EKSPLISIT

  • Pengetahuan eksplisit adalah pengetahuan yang telah didokumentasikan atau disimpan dalam media.
  • Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa formal dan mampu disampaikan secara luas.
  • Informasi yang tersimpan di ensiklopedia (termasuk Wikipedia) adalah contoh yang bagus dari pengetahuan eksplisit.
  • Bentuk paling umum dari pengetahuan eksplisit adalah petunjuk penggunaan, prosedur, dan video
  • Bagaimana membuat pengetahuan implisit menjadi eksplisit merupakan fungsi utama dari strategi 
PENGETAHUAN DEKLARATIF

  • Pengetahuan deklaratif adalah pengetahuan menerangkan sesuatu itu yang merupakan masalah dalam suatu situasi.
  • Kata-kata yang biasa digunakan untuk materi pembelajaran deklaratif diantaranta adalah menjelaskan, menggambarkan dan meringkas.
  • Meskipun pembelajaran dekralatif sering dianggap hanya sebagai pengetahuan yang semata-mata menghafal, tidak menarik dan tidak penting .
  • Pembelajaran deklaratif merupakan bahagian yang penting dari apa yang kita pelajari sepanjang hidup kita walaupun pembelajaran ini sering ditafsirkan sebagai pembelajaran yang bersifat hafalan.
  • Pembelajaran deklaratif memaparkan langkah-langkah yang diperlukan untuk melengkapi prosedur dan keterampilan psikomotor sehingga masalah-masalah dapat dipahami dan diselesaikan.
  • Ada beberapa perbandingan yang penting dalam pembelajaran deklaratif. Gagne dan Bring (1979) memperkenalkan 3 bentuk yang masing-masing meliputi faktor kognitif yang berbeza, iaitu : Label & Nama, Fakta & List, dan Uraian yang terorganisasi.

PENGETAHUAN TATACARA

  • Mengambilkira cara bagaimana benda beroperasi apabila diberi set-set situasi yang berbeza. 
  • Sebagai contoh, katakan anda mempunyai suatu masalah pelaburan dan syarat seperti berikut:-


“Kira purata diantara harga satu saham dan perolehan saham tersebut.  Jika purata lebih besar daripada 12, maka hentikan pengiraan – saham mempunyai risiko terlalu tinggi.  Jika purata kurang daripada 12, periksa kunci kira-kira.”. 
  • Mengandungi tindakbalas automatik terhadap suatu perubahan atau ransangan. 
  • Ia juga boleh memberitahu kita bagaimana cara menggunakan pengetahuan pengisytiharan dan bagaimana untuk membuat pentaakulan.
  • Berkaitan dengan prosedur yang digunakan dalam proses penyelesaian masalah seperti maklumat mengenai takrifan masalah, pengumpulan data, proses penyelesaian, dan kriteria penilaian.
TEORI ASIMILASI KOGNITIF

  • Putman dan Peterson menegaskan bahwa pengetahuan adalah struktur kognitif dari seseorang (knowledge is the cognitive structure of the individual).
  • Selanjutnya Goldsmith, Johnson dan Alton menambahkan bahawa untuk dapat dikatakan “mengetahui” suatu bidang (pengetahuan) adalah seseorang dapat memahami hubungan antara konsep-konsep pokok dan penting di dalamnya. Pengetahuan tentang hubungan itu disebut “pengetahuan yang terstruktur” (structural knowledge)
  • Dalam teori ini ditemukan bahawa makna dari beberapa konsep itu akan mudah difahami dengan melihat hubungan atau ketertarikan antara satu konsep denagn konsep yang lain, dan belajar efektif (bermakna) akan terjadi apabila pengetahuan yang baru itu dikaitkan dengan konsep-konsep dan pengetahuan yang telah dimiliki oleh pengajar.
  • Oleh karena itu, penilaian asas terjadi apabila pembelajar dapat mengkaitkan pengetahuan yang baru dan spesifik kepada konsep yang lebih general dan lebih tinggi (golongan, kategori) tingkatannya dalam struktur pengetahuan mereka yang telahada.
  • Berkaitan dengan bahan ajar, teknik peta konsep ini memberikan sejumlah keuntungan. Pertama, sesuai dengan tabiatnya, ia akan memberikan visualisasi konsep-konsep utama dan pendukung yang telah terstruktur di dalam otak guru ke dalam kertas yang dapat dilihat secara ringkas. Kedua, gambar konsep-konsep menunjukkan bentuk hubungan antara satu dengan yang lain. Ketiga, peta konsep memberikan bunyi hubungan dinyatakan dengan kata-kata yang menjelaskan










KURIKULUM: STRUKTUR PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN

0 comments
AKTIVITI 2
Kurikulum Sains KBSM menepati kriteria seperti struktur pengetahuan dan kemahiran sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 





































Sunday 18 September 2011

Sejarah Perkembangan dan Perubahan Kurikulum Pendidikan Sains

11 comments
Sejarah Perkembangan Pendidikan Sains Sebelum Merdeka


 Sejarah Perkembangan Pendidikan Sains Selepas Merdeka




Perubahan Kurikulum Pendidikan Sains



Cadangan Meningkatkan keberkesanan Kurikulum Sains







Tuesday 13 September 2011

Model Reka Bentuk instruksional ASSURE, (Heinich, 1982)

0 comments
Model  Reka  Bentuk  instruksional  ASSURE,  (Heinich,  1982)  bertujuan  menyediakan  panduan  merancang  dan mengendalikan  pengajaran  yang  memerlukan  penggunaan  media.  Justeru  itu penyesuaian ini dapat dilakukan berasaskan Model Reka Bentuk tersebut bagi memilih dan menggunakan media pengajaran secara umum. Terdapat enam komponen dalam model ini iaitu:


  A-      Analisa Pelajar  (Analyze Learners)  : Analisis ciri umum pelajar seperti peringkat  umur,  tahap  persekolahan,  tahap  kemahiran  intelektual,  stail pembelajaran dan sebagainya sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan.
S-       Menyatakan  Objektif  (State  Objective)  :  Pernyataan  objektif  prestasi dalam  merancang  sesuatu  pengajaran  untuk  menentukan  jenis  bahan multimedia  yang  ingin  digunakan  iaitu mengenalpasti  kebolehan  atau  prestasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti pelajaran.
S-       Memilih  Kaedah,  Media  dan  Bahan  (Select  Methods,  Media  and Materials) : Memilih bahan sama ada menepati kehendak dan keperluan objektif atau mengubahsuai bahan multimedia agar menepati objektif, ciri-ciri pelajar dan pendekatan yang akan digunakan serta kekangan yang mungkin dihadapi sesuai dengan objektif pembelajaran.
U-       Menggunakan Media dan Bahan  (Utilize Media and Materials): Guru harus  terlebih dahulu mengadakan pratonton media  tersebut sama ada manual penggunaanya, laporan, lampiran atau melihat sendiri sama ada melalui paparan komputer atau mendengar audio atau membaca teksnya supaya sesuai dengan objektif pembelajaran.
R-      Memerlukan  Penyertaan  Pelajar  (Require  Learner  Participation): Media  pengajaran  yang  baik membolehkan  penyertaan  respon  pelajar  dalam berinteraksi  dengan  bahan  yang  disediakan  serta mendapatkan maklumbalas. Penglibatan pelajar boleh berlaku secara individu atau berkumpulan.
E-      Menilai  dan  Mengulangkaji  (Evaluate  and  Revise):  Penilaian  perlu dibuat secara berterusana dan bersepadu serta menyeluruh disemua peringkat untuk  memberi  gambaran  sejauhmana  keberkesanan  media  yang  dipilih terhadap  prestasi  pelajar  serta  bertepatan  dengan  objektif  atau  hasil pembelajaran yang dikehendaki (Heinich, 1982)

Pengenalan

0 comments

 Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran, dan juga pemberian pengetahuan, kebijaksanaan dan pertimbangan . Ia terbahagi kepada dua iaitu didik (educere) dan latih (educare). Didik ialah ilmu yang kita dapat secara berterusan manakala latih ialah kemahiran yang kita dapat walaupun ia terbatas. Menurut Aristotle “pendidikan ialah satu sistem perkembangan intelektual, jasmani, kerohanian dan emosi”. Pendidikan sebagai proses membentuk kecenderungan asasi yang berupa kepercayaan dan perasaan terhadap alam sejagat dan sesame manusia. Pendidikan juga suatu proses bagi mengatur dan menambah pengetahuan yang dimiliki supaya dapat hidup dengan lebih selamat menurut John Dewey. 



Pengajaran merupakan sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti serta melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai. Guru bertindak akan membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar demi memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Pengajaran juga merupakan satu cara atau sistem mengajar yang dituju kepada murid bertujuan membawa perubahan kepada mereka.



Teknologi merupakan satu  pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan yang menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Teknologi juga boleh ditakrifkan sebagai aplikasi pengetahuan  sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, teknologi hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan. Walaubagaimanapun, ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa. Penggunaanya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu; sebelum kegunaan, semasa kegunaan dan selepas kegunaan.



Umumnya “Pembelajaran dapat diklasifikasikan sebagai komponen penting dalam kehidupan manusia ke arah yang lebih signifikan kerana ia dianggap sebagai perolehan maklumat dan ilmu pengetahuan, penguasaan kemahiran yakni menjurus kepada pembentukan sikap dan kepercayaan yang mendalam dalam diri setiap individu. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, "pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.


Di samping itu, Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran membawa maksud yang pelbagai dalam kehidupan namun asas dalam menjayakan proses pembelajaran ialah perubahan dalaman dalam diri manusia yang membolehkan individu tersebut melihat perkaitan yang baru dan berpotensi untuk menghasilkan gerak balas yang baru sama ada gerak balas positif atau sebaliknya. Pembelajaran juga bukan semata-mata merangkumi penguasaan ilmu kemahiran, tetapi turut merangkumi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan kesenian serta ciri dalaman. 


Penaksiran Suatu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang hasil sesuatu proses pendidikan.bagi seorang pelajar pula ia lebih kepada suatu wahana yang memeberi peluang kepada pelajar bagi menonjolkan kemahiran masing-masing. Dalam masa yang sama ia juga bagi menjadi medium telekomunikasi anatara pelajar dan guru bagi memastikan pembelajaran dan pengajaran menjadi begitu berkesan.