Tuesday 25 October 2011

Perbezaan dan Persamaan PBM, PBK dan PBP

Pebezaan dan Persamaan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM), Pembelajaran Berasaskan Kes (PBK) dan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP).




Perbezaan
PBM
PBK
PBP
Situasi masalah sebenar yang kompleks iaitu tidak mempunyai jawapan yang betul atau salah
Melibatkan kes yang ditulis dalam bentuk naratif serta dapat menunjukkan konteks dan spesifikasi kes tersebut
Pembelajaran yang menghubungkan soalan dan teknologi mengenai kehidupan harian pelajar menjadi projek bilik darjah.

Menghasilkan persembahan di akhir pembelajaran.
Menghasilkan produk atau persembahan di akhir pembelajaran.
Menjawab persoalan yang ditimbulkan melalui kerjasama dengan orang lain.

Memerlukan masa yang singkat
Memerlukan masa yang panjang
Memerlukan masa yang panjang

Persamaan
1.     -  Pelajar boleh bekerja secara individu atau dalam kumpulan untuk menangani masalah, mengenalpasti jurang pembelajaran dan mengembangkan pelbagai penyelesaian.
2.    -   Proses pembelajaran melibatkan semua pelajar untuk mengambil bahagian.
3.     -    Menggalakkan interaksi dua hala di antara guru dan murid serta murid dengan murid.
4.    -     Guru bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara dan bukan sebagai pemberi maklumat.
5.     -    Menggalakkan pelajar bertanggungjawab untuk pembelajaran mereka sendiri dengan menjadikan pelajar lebih sedar apa yang dipelajari dan sebab mereka perlu mempelajari sesuatu perkara.

0 comments:

Post a Comment